Pages

Coretan Penulis

Khas untuk semua pembaca Ilham Dari Hati,



Terima kasih sudi luangkan masa membaca karya Adra Adiella. Cuma yang AA harapkan, komen-komen membina dari semua yang telah pun membaca. Supaya AA akan lebih bersemangat untuk terus menulis dan dapat memperbaiki sebarang kesilapan yang mungkin tidak AA sedari.



Komen la sikit ye!



~ Adra Adiella ~

Monday 26 August 2013

Saat Kau Dakap Cintaku - Bab 13












“Nah, minum. Mama suruh aku bagi kau, pak cik.  Mama cakap malam-malam kau mesti nak kena minum air panas sebelum tidur. Mengada-ngada.”  Airis mencebikkan mulutnya sambil meletakkan mug berisi kopi panas di atas meja berhadapan Ray.

“Sedap ke mak cik?”  Rayyan terkulat-kulat.  Memandang mug  berasap yang diletak Airis.  Sengaja dia buat endah tak endah. 

“Tak nak sudah.”  Cepat-cepat Airis mencapai mug tadi.  Dia memuncungkan bibirnya dan meniup kopi yang masih panas itu.

“Eh, siapa kata tak nak? Bak sini.”  Cepat-cepat Rayyan menarik pegangan Airis, menghalang gadis itu dari menghirup kopi yang dihidangkan untuknya.

“Habis, banyak cekadak kau tadi tu kenapa?”  Airis menjegilkan matanya.  Geram hatinya melihat Rayyan yang tersengih.  Dia menarik kerusi lalu duduk bertentangan Rayyan.   Dia menghela nafas panjang saat merenung jauh ke dalam kolam ikan di hadapannya.  Memerhati liuk tubuh ikan yang asyik berenang ke sana ke mari.  Lama dia terpaku.  Membiarkan Rayyan yang dari tadi asyik menelek bukunya.

“Macam mana kerja hari ni?”  Rayyan menyoal.  Matanya masih menatap buku.  Pura-pura tidak memandang Airis sedangkan dari tadi dia ralit memerhati tindakan Airis yang asyik melihat ikan-ikan yang sedang berenang.

“Ok.  Penat sikit.  Tapi best.”  Airis masih leka menatap ikan-ikan yang berenang.  Dia juga menjawab tanpa memandang ke arah Rayyan.

“Ala, kerja tak sampai satu hari dah penat.  Jasmin cakap dengan aku, tadi mama call beritahu kau masuk pukul 11.  Orang lain pukul 9.30 dah masuk kerja tau.  Tu pun nak cakap penat.  Masuk dah lah lambat.”  Airis mengetap bibirnya.  Geram dengan kata-kata Rayyan.  Tapi dia pura-pura tidak mendengar.  Malah dia masih tidak memandang ke arah Rayyan.

“Macam mana kau boleh kenal Kak Min?”  Airis bingkas bangun.  Bimbang soalannya mengundang kemarahan Rayyan.  Dia menuju ke tepi kolam, tanpa teragak-agak dia duduk bersila di situ beralaskan sandal yang dipakainya.  Sesekali tangannya menguis-nguis air di dalam kolam.

“Kenapa kau nak tahu?”  Rayyan mengalihkan buku dari pandangannya.  Memandang Airis yang duduk membelakanginya.

“Salah ke?  Aku tanya jek.  Lagi pun aku tengok korang macam rapat jek.”  Terbayang kemesraan antara Rayyan dan Jasmin di hadapan matanya siang hari tadi. Entah mengapa, dia merasa aneh melihat kemesraan mereka.

“Kitorang kenal dari kecik lagi.  Aku satu sekolah dengan dia.  Kitorang selalu buat homework sama-sama, pergi tusyen sama-sama.  Kadang-kadang kalau Mama dengan Papa lambat, emak atau ayah Jasmin yang hantar aku balik.  Kalau nak dekat exam, Jasmin selalu datang rumah buat revision dengan aku.  Lama-lama parents aku dengan dia pun jadi kawan sebab persahabatan anak-anak.”  Rayyan mengambil mug kopi di hadapannya.  Perlahan-lahan dia menghirup kopi yang masih panas itu.

“Kalau dah kawan dari kecik, parents kau pun dah jadi kawan satu sama lain, kenapa kau tak kahwin dengan Kak Min cepat-cepat sebelum kena paksa kahwin dengan aku?”  Airis cepat-cepat menutup mulut dengan tangannya.  Terasa kesal melepaskan kata-kata tadi.  Apatah lagi melihat wajah Rayyan yang berubah semacam.

“Eh, kau ingat aku nak kahwin sangat ke dengan kau?”  Rayyan mengelipkan matanya sambil mendongakkan dagu dan menaikkan dadanya berulang kali di hadapan Airis.  Terasa Airis seolah-olah menyindirnya.  Dia bengang dengan pertanyaan Airis.

“Habis tu kau ingat aku ni tergila-gila sangat ke nak kahwin dengan kau?  Bagi free pun aku tak nak lah.  Pakkal sebab papa kau tu jek tau.”  Airis mengelipkan pula matanya, didongakkan dagu dan dinaikkan dadanya berulang kali, mengulangi perbuatan Aiman.

“Eh, kau tu kalau dilonggok-longgok dekat pasar malam, tak laku lah.  Selonggok dua ringgit pun belum tentu ada orang nak beli tau.”  Rayyan menjegilkan matanya.  Geram dengan sindiran Airis.  Dia bingkas bangun.  Merapati Airis yang duduk di tepi kolam.

“Amboi, kau ingat aku ikan ke nak main longgok-longgok?”  Airis membidas kata-kata Rayyan yang merapatinya.  Dia juga bangun, berdiri bersebelahan Rayyan.

“Eh, ni selipar aku kan?”  Airis menunduk saat Rayyan juga menunduk memerhatikan kakinya yang bersarungkan sandal Rayyan.  Tadi sewaktu keluar rumah ingin menghantar kopi kepada Rayyan, dia menyarung kakinya dengan sandal yang bersepah di atas lantai secara rambang.  Dia tidak menyangka sandal itu kepunyaan Rayyan.

“Ala, pinjam kejap jek la.  Tak putus pun selipar ni aku pakai.” Airis menjeling.  Menyampah dengan sikap Rayyan.

“Eh, takde takde. Bukak.  Bukak sekarang.  Ni selipar yang aku sayang ni.  Kotor la nanti kau pakai.”  Rayyan menginjakkan badan Airis.  Menyuruh gadis itu menanggalkan sandal yang sedang dipakainya.

“Hei pak cik, kau ni ada tak benda dalam dunia ni yang kau tak sayang?”  Airis menahan tubuhnya dari terus diinjak Rayyan.

“Ada, kau!”  Rayyan cuba menolak Airis lagi.  Kakinya menguis-nguis sandal di kaki Airis.  Dia menolak-nolak bahu Airis yang dari tadi menahan tolakannya.

“Eeeee.....pinjam sekejap jek la.  Kau ni kenapa?”  Airis sedaya upaya menahan tolakan Rayyan.  Seboleh-bolehnya dia menahan kaki Rayyan yang dari tadi menguis sedang cuba mengambil sandal di kakinya.

“Ahhh..tak kira! Bukak sekarang!”  Rayyan separuh menjerit.  Dia menolak Airis sedikit kuat berbanding sebelumnya.  

Busshhhh!!  Percikan air tiba-tiba membasahi wajah dan sebahagian baju yang dipakai Rayyan.  Dan sedar-sedar, Airis sudah terduduk di dalam kolam.  Rayyan tergamam.

Airis terkebil-kebil.  Dia keliru entah bagaimana dia boleh terduduk di dalam kolam ikan itu.  Seluarnya habis basah.  Dia melihat tapak tangannya yang penuh dengan lendir-lendir lumut.  Wajahnya yang basah disapu dengan belakang tapak tangannya.  Hidungnya dapat menangkap bau hanyir ikan melekat di seluruh badannya ketika itu.  Dia melihat ke lengannya tatkala terasa seperti ada yang mencucuk-cucuk di kawasan itu.  Calar.  Berdarah. 

Airis perlahan-lahan cuba bangun.  Dia cuba melangkah berhati-hati bimbang tergelincir lagi.  Permukaan kolam itu licin disebabkan lumut yang tumbuh melata.  Rayyan menghulurkan tangan, cuba memaut lengannya sebelum dia melangkah keluar dari kolam.

“Tak payah.”  Cepat-cepat Airis menepis.

“Jangan lah degil.  Nanti jatuh lagi.”  Rayyan bengang.  Dia tahu dia bersalah menyebabkan Airis terjatuh tapi Airis tak sepatutnya menepis tangannya.

“Aku cakap tak payah, tak payah lah.  Nah, ambik balik selipar bodoh kau ni.”  Airis menepis sekali lagi.  Dia cepat-cepat mengutip selipar yang terapung-apung di dalam kolam lantas dicampakkan ke kaki Rayyan. 

“Selipar bodoh kau cakap?”  Rayyan menjegilkan matanya.  Dia melihat Airis seperti ingin ditelannya.

“Memang selipar bodoh pun!  Kalau tak sebab selipar bodoh kau ni, aku takkan jatuh dalam kolam.  Kau tengok ni, habis calar balar tangan aku.  Sebab selipar bodoh kau ni lah.  Hari tu minyak wangi bodoh kau tu lukakan tangan aku, hari ni selipar bodoh kau ni pulak penyebab aku masuk kolam.  Mulai hari ni, aku takkan usik barang-barang bodoh kau lagi!”  Airis separuh menjerit.  Airmatanya mengalir keluar. Rayyan terkedu saat melihat palitan darah yang mengalir di lengan Airis.  Rasa bersalah mula menggunung dalam dirinya.  Apatah lagi bila dia melihat airmata Airis mula tumpah.  Dia terkebil-kebil mendiamkan dirinya.

“Eh Ris, jangan lah nangis.  Nanti aku sapukan ubat.  Pedih ke?  Takpe nanti aku sapukan ubat. Kau jangan nangis lagi.”  Dia cepat-cepat memegang lengan Airis, cuba melihat kesan calar sambil cuba memujuk.

“Tak payah!  Tak pedih! Kau tak payah susah-susah untuk aku!”  Airis separuh menjerit.  Dia cepat-cepat menepis tangan Rayyan yang cuba menelek luka di lengannya. Airmatanya semakin laju.

“Hei, kalau tak pedih, yang kau menangis ni kenapa?”  Rayyan geram.  Dia bengang Airis dari tadi asyik menepis tangannya.

“Aku menangis sebab aku sakit hati kau sanggup tolak aku sebab selipar bodoh kau ni! Kau tahu tak kau tak boleh buat aku macam ni?!”  Airis mengesat airmatanya.  Dia menjeling Rayyan yang terpinga-pinga dari tadi lantas berlalu dengan kakinya terhencut-hencut.  Terdapat sedikit kesan calar di buku lalinya menyebabkan dia sukar untuk berjalan.  Dia meniup perlahan luka di lengannya.  Sesekali dia mengaduh kepedihan. 

‘Aku tak sengaja Ris.’  Rayyan berbisik di dalam hati.  Dari tadi dia masih kaku di situ, memandang pada sandal yang dicampak Airis di kakinya.  Terpaku dengan amukan Airis.  Terkedu dengan airmata Airis.  Kali ini, buat pertama kalinya dia merasa tidak gembira dapat mengenakan Airis.







Airis melihat jam untuk entah yang ke berapa kali.  Dia melajukan langkah tanpa menghiraukan kakinya yang masih sakit.  Dia menggengam erat-erat pemegang kotak solek yang besar dan berat di tangannya sambil sesekali dia berlari anak.  Zara masih di dalam kereta, berpusing mencari tempat parkir di luar kawasan hotel.  Disebabkan pengantin membuat majlis persandingan di hotel itu, agak payah untuk mendapatkan tempat parkir di kawasan berhampiran.  Sudah lebih 10 minit kereta Zara asyik berpusing di kawasan parkir hotel dan akhirnya Airis mengambil keputusan untuk naik ke tingkat 10 bertemu Dalili dan Jasmin tanpa menunggu Zara mendapatkan parkir.  Tadi pagi sewaktu kelam kabut hendak ke hotel untuk menyolekkan pengantin, Dalili tertinggal kotak soleknya di butik.  Dan sekarang Airis dan Zara terpaksa menghantar kotak solek itu kepada Dalili.

Bammm!  Sedar-sedar Airis sudah jatuh terduduk.  Dia terpaku melihat segala isi kotak solek yang sudah pun berterabur di sisinya. Lupa terus dia pada perit kakinya yang jatuh di dalam kolam ikan malam tadi.

“Eh, cik.  Sorry, sorry.  Saya tak sengaja.”  Terdengar satu suara lelaki menegurnya dari belakang.  Dia menoleh dan melihat lelaki itu sedang terbongkok-bongkok mengutip satu persatu alat soleknya yang bersepah di lantai.

“Maaf sangat-sangat.  Saya tadi nak cepat, ada course yang saya kena attend.  Terlambat pulak, tu yang saya kelam kabut sampai tak perasan cik lalu tadi.”  Airis terkebil-kebil.  Dia masih belum bangun, terpaku dengan lelaki di hadapannya itu.  Masih bingung sebenarnya.

“Cik, cik ok ke tak ni?”  Lelaki itu menggoyang-goyangkan lengan Airis.  Kerutan di dahinya jelas menunjukkan dia bimbang melihat gadis di hadapannya itu kaku tidak bergerak.  Hanya memerhati dia yang kelam kabut mengutip alat solek di lantai.

“Errr...saya ok.  Takpe.  Saya pun kelam kabut jugak tadi. Nak cepat.”  Airis tersipu-sipu ditegur lelaki itu.  Perlahan-lahan dia bangun.  Wajahnya mula merona merah bila melihat mata sebahagian tetamu hotel mula tertumpu pada dia dan jejaka di hadapannya itu.

“Ooo...sama-sama lah kita ni nak cepat ye.  Cik ni mak andam ke?”  Lelaki itu merenung mata Airis.  Dari tadi dia memerhati Airis yang kaku.  Dia suka melihat gadis itu.  Manis.  Matanya yang bundar menarik perhatiannya untuk terus merenung gadis di hadapannya itu.  Entah mengapa dadanya berdegup kencang saat melihat gadis manis itu tersenyum ke arahnya.

“Eh, bukan.  Saya ni kerja dengan mak andam.  Ni saya on the way nak jumpa boss saya lah ni.  Dia dah tunggu lama nak solek pengantin ni.  Kelam kabut punya pasal, tu yang sampai terlanggar encik ni.  Saya mintak maaf ye.”  Airis mengukir senyumnya seikhlas mungkin.

“Ok.  Saya pun mintak maaf jugak tau.  Eh, ada barang-barang make up yang rosak tak ye?  Kalau ada, saya ganti.”  Lelaki itu mengunjukkan alat solek yang dipegangnya kepada Airis.  Meminta Airis memeriksanya terlebih dahulu sebelum dia beredar.

“Hmmm...takde.  Ok semuanya ni.”  Airis tersenyum saat dia melihat pada alat-alat soleknya sepintas lalu.

“Ok, kalau macam tu saya pergi dulu lah ye.  Dah lambat.”  Lelaki itu menunjukkan jamnya tanda dia perlu cepat.  Airis mengangguk lantas dia terus berjalan sepantas yang mungkin menuju ke lif.

Ziyaad menepuk dahi saat kakinya melangkah masuk ke dewan seminar.  Terasa menyesal tidak meminta nombor telefon gadis yang menarik hatinya tadi. ‘Takpe lah, kalau ada jodoh mesti dapat jumpa dia semula.’ Dia tersenyum.






Airis cepat-cepat menekan butang lif untuk menutup pintu sebaik dia masuk ke dalam lif.  Berulang kali dia melihat jam di pergelangan tangannya.  Dia perlu bergegas balik ke butik untuk membantu Zara mendandan dua orang pelanggan yang akan menghadiri majlis makan malam sebelum pukul 7.00 petang.  Zara sudah pun terlebih dahulu turun ke ruang parkir untuk mengambil kereta dan akan menunggunya di lobi hotel.  Sampai di tingkat 8, pintu lif terbuka.

“Eh, awak.”  Lelaki itu tersenyum ceria melihat Airis.  ‘Ada jodoh!’  Ziyaad tersenyum di dalam hati.

“Eh, encik.  Jumpa lagi kita. Tingkat berapa ye?”  Airis membalas senyuman lelaki itu sementara menanti lelaki itu memberikan jawapan. Ahhh....terasa hatinya cair saat melihat senyuman lelaki itu.

“1, terima kasih. Tak payah lah berencik-encik dengan saya.  Panggil Ziyaad jek. Awak?”  Ziyaad memerhati gadis itu yang sedang menekan butang 1 di tepi dinding lif.  Berbunga-bunga hatinya dapat melihat wajah gadis itu sekali lagi.

“Airis Zulaikha. Airis.” Cepat-cepat dia melarikan pandangannya saat lelaki itu merenung ke dalam anak matanya.

“Airis.  Sedap nama tu. Haa..apa kata saya belanja awak lunch hari ni?  Saya memang on the way nak pergi lunch ni.”  Ziyaad berdoa di dalam hati mengharap gadis itu menerima pelawaannya.

“Alamak Ziyaad, sorry.  Tak boleh lah.  Saya nak kena balik butik ni, nak kena tolong make up dan siapkan customer, ada event malam ni.”  Airis mengerutkan dahinya.  Tiba-tiba dia terasa takut pula dengan ajakan Ziyaad.  Terlalu mendadak dia fikirkan.

“Jangan risau, saya cuma nak belanja lunch sebagai ganti rugi terlanggar awak tadi.  Saya takde niat yang bukan-bukan.”  Cepat-cepat Ziyaad memberitahu tujuan asalnya sebaik dilihat gadis itu mula tidak selesa.

“Mungkin lain kali.  Hari ni saya betul-betul sibuk.” Airis tersenyum.  Mengharap agar garis hampa pada wajah lelaki itu berkurangan.

Pappp! Tiba-tiba lif terhenti.  Airis panik.  Dia cepat-cepat berpegang pada dinding lif saat dirasakan lif itu bergegar.  Serentak itu lampu terpadam dan lampu kecemasan yang balam-balam cahayanya terpasang. 

“Ah...sudah!  Apa kena pulak dengan lif ni?”  Ziyaad segera menghampiri ruangan butang lif.  Berkali-kali dia menekan butang kecemasan. 

“Airis, awak ok?”  Ziyaad memandang pada Airis yang dari tadi kaku.  Mungkin gadis itu terkejut.

“Eh, ok. Saya ok.”  Airis mula tenang.  Degup jantungnya juga sudah kembali perlahan.  Terasa malu pula dia pada Ziyaad memikirkan dirinya yang sedikit takut tadi.  Tiba-tiba dia teringatkan Zara, kalau diikutkan, dia sudah pun sepatutnya bersama dengan Zara pada ketika ini.  Cepat-cepat dia membuka beg tangannya, mencapai telefon bimbit.  Dia melihat skrin, dan hampa dengan coverage yang terpampang.

“Alamak, line takde.  Awak punya ada tak Ziyaad?”  Dia bertanya kepada Ziyaad yang dari tadi menekan butang kecemasan untuk yang ke sekian kalinya.  Tanpa jemu.

Handphone?”  Ziyaad mengerutkan dahi.  Dia memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.  Mengeluarkan dompet dan segugus kunci darinya lantas dia mencangkung, meletakkannya di atas lantai lif.  Digagau pula kocek di dadanya.

“Saya tertinggal handphone saya lah Airis.” Ziyaad menepuk dahinya.   Kalut sewaktu keluar dari dewan seminar tadi, terus dia terlupa mencapai handphonenya di atas meja. Dia terus duduk di atas lantai lif.  Berfikir tindakan seterusnya.

“Apa kita nak buat ni awak?”  Airis menghampiri Ziyaad.  Jelas terpampang kerisauan di wajah gadis itu.

“Saya pun tak tahu Airis.  Harap-harap ada lah orang yang sedar kita stuck dalam lif ni.”  Ziyaad memandang pintu lif.  Mengharap pintu itu terbuka.

“Kalau takde yang sedar macam mana?”  Airis memandang wajah Ziyaad.  Dia sama-sama duduk berteleku di sampingnya.  Juga sama-sama merenung pada pintu lif yang tertutup rapat di dalam cahaya lampu yang samar-samar.  Masing-masing terdiam.  Mati akal memikirkan apa yang perlu dilakukan ketika itu.

“Awak tahu tak, saya pernah tengok satu video ni kat you tube.  Sama kes lah macam kita ni. Stuck kat dalam lif.  Lelaki. Sorang-sorang.  Tak silap saya dia stuck dalam 48 jam rasanya, tapi yang pasti lebih dari satu hari lah.”  Ziyaad membuka bicara setelah hampir lima minit masing-masing membisukan diri. Menarik minat Airis untuk mendengar.

“2 hari? Dalam lif?”  Airis meneguk liur.  Ahh..parah!

“Ha ah 2 hari. Masa mula-mula tu, dia terjerit-jerit lah mintak tolong kalau-kalau ada yang dengar suara dia.  Lepas tu dah penat jerit-jerit, dia try pulak bukak pintu lif tu.  Tapi semua usaha dia tu gagal.  Takde siapa pun yang datang tolong keluarkan dia dari dalam lif tu.”  Ziyaad terus bercerita.  Sesekali Airis mengilas matanya ke arah jam di pergelangan tangan.  Risau memikirkan Zara yang sudah tentu sudah lama menunggunya.  Telefon bimbitnya pula tidak dapat dihubungi.

“Habis tu apa jadi dengan lelaki tu?  Dia mati ke?”  Airis mengerutkan dahinya.  Berminat ingin tahu kisah seterusnya.

“Setiap masa dia cuba selamatkan diri dia.  Sampai satu tahap, dia jadi marah sebab takde siapa pun tolong dia.  Walaupun video tu takde apa-apa suara, tapi dari gaya dia, saya tahu dia tengah marah sangat. Dari marah-marah tu, saya tengok lama-lama dia jadi cool down, mungkin sebab dia letih kot jerit-jerit tapi takde sorang pun yang datang tolong dia.  Bila dia dah cool tu, dia duduk macam kita ni lah.  Tenung pintu lif ni kot-kot dengan tenungan kita ni boleh bukak pintu ni kan? Hahahaha...” Ziyaad ketawa.  Airis yang mendengar turut tersenyum. 

“Masa dia dah bertenang dan mungkin dah redha dengan nasib dia tersangkut dalam lif tu, dia duduk relaks siap hisap rokok dan main daun terup.  Yang kelakar tu, siap bawak daun terup.  Macam tahu jek nak stuck dalam lif kan? Hahaha...”  Ziyaad tergelak lagi.

“Bila dah satu hari satu malam dalam tu, tiba-tiba lelaki ni mengamuk marah-marah semula tau awak.  Kali ni marah dia lebih teruk dari sebelum ni.  Dia tunjuk lah hand sign yang tak sepatutnya pada cctv dalam lif tu.  Dia terajang pintu lif.  Kira masa ni memang lagi marah dari semalamnya.  Mula-mula saya ingat dia jadi macam tu sebab dia  semakin tertekan duduk dalam lif tu.  Rupanya awak tau tak kenapa dia mengamuk sangat-sangat tu?”  Ziyaad memandang ke arah Airis, menanti jawapan dari gadis itu.

“Mungkin dia dah tak tahan duduk dalam lif tu lagi.  Dia stress tak dapat keluar.”  Airis mengagak.

“Salah.  Teka lagi.”  Ziyaad seperti tadi.  Merenung ke wajah gadis itu.

“Mungkin dia takut mati kering kat dalam tu takde siapa perasan dia ada dalam lif tu?”  Airis cuba mengagak lagi.

“Salah.  Mula-mula saya pun fikir macam awak jugak.  Tapi bukan tu sebabnya.”  Ziyaad diam.

“Habis tu kenapa?”  Cepat-cepat Airis menyoal.  Tak sabar untuk mengetahui jawapan dari mulut lelaki itu.

“Dia nak menunaikan hajat besar wak. Hahahaha....”  Ziyaad dan Airis sama-sama tergelak.  Kali ini gelak mereka lebih kuat dan panjang.  Airis terhibur dengan cerita Ziyaad.  Sedikit sebanyak membuatkan dia lupa tentang kerisauannya tadi.

“Habis tu macam mana wak? Sempat ke tak dia tunggu sampai orang selamatkan dia?”  Airis bertanya lagi setelah tawanya reda.

“Tak sempat.  Part ni memang loya sikit la tekak.  Dia lepas jek hajat besar dia dalam lif tu tau.  Mula-mula dia alas pakai kemeja dia jek.  Dah siap tu dia bungkus-bungkus letak tepi.  Lepas tu dia sakit perut lagi tau.  Boleh pulak sampai 2,3 kali sakit perut nak membuang.  Time ni dia dah mula macam orang tak betul dah.  Habis dia selet-selet jek hasil buangan dia tu kat dinding lif, pintu lif.  Saya rasa masa ni dia dah betul-betul tertekan.  Habis satu badan dia penuh dengan hasil buangan dia.  Dia calit macam tengah buat lukisan kat dalam kelas art pulak.  Tapi ada tambahan, jerit-jerit maki hamun lah.”

“Eiii...Geli la awak ni.”  Airis mencebikkan bibir.  Loya tekaknya tiba-tiba.

“Eh, tak boleh nak geli sangat lah wak.  Cuba bayangkan sekarang ni, kita dalam situasi macam lelaki tu. Tiba-tiba awak sakit perut. Haaa..bayangkan macam mana?  Lelaki tu untung lah, sekurang-kurangnya dia sorang-sorang jek tau dalam lif.  Kita ni sekarang berdua.  Buatnya awak atau saya tiba-tiba sakit perut macam mana?”  Ziyaad memandang Airis yang terkebil-kebil.

“Kenapa? Awak sakit perut ke sekarang ni?”  Airis mengerutkan dahinya.

“Kalau saya sakit perut, nak buat macam mana ni wak?”  Ziyaad sengaja mengusik Airis.  Suka dia dapat melihat wajah Airis yang panik.

“Errr....takpe wak.  Saya tutup mata.”  Airis cepat-cepat menutup mata.

“Hahahaha...awak ni Airis.  Kalau ye pun saya sakit perut, tak lalunya dia nak keluar awak ada kat sini.”  Ziyaad tergelak melihat gadis itu yang kelam kabut menutup matanya.

“Lagi pun, mata memang boleh ditutup.  Hidung awak tu, berapa lama tahan nak ditutup.”  Airis membuka matanya.  Tersengih-sengih dia memikirkan dirinya yang kebudak-budakan.

“Macam mana ek wak kalau kita stuck kat dalam ni 2,3 hari? Eeee.....tak sanggup!  Eh, awak rasa panas tak?”  Airis mengibas-ngibas tudungnya.  Memberi ruang udara untuk dia merasa sedikit sejuk. 

“Panas wak.  Aircond dah off ni,  sebab tu berbahang.”  Ziyaad melonggarkan sedikit ikatan tali lehernya.  Dia juga sudah mula berasa rimas.

Papppp! Tiba-tiba lampu lif menyala.  Cepat-cepat Airis dan Ziyaad berdiri.  Perlahan-lahan udara sejuk mula memenuhi ruang dalam lif.  Dan dapat dirasakan lif itu mula bergerak turun.  Sampai ke lobi hotel, seorang kakitangan hotel menyambut mereka sebaik pintu lif terbuka.

“Maaf cik, encik.  Blackout tadi.”  Terangnya takut-takut.  Bimbang dimarahi pelanggan.

“Takpe.  Kami ok.”  Balas Ziyaad malas ingin memanjangkan cerita.  Airis juga hanya melebarkan senyumnya.  Yang penting, dia berjaya keluar dari dalam lif.  ‘Yang penting, takde adegan sakit perut dalam lif tadi.’  Sempat Airis berseloroh di dalam hati.

“Airis!”  Panggil Ziyaad bila dilihat gadis itu menonong menuju ke pintu keluar hotel.

“Saya takde daun terup.  Ni jek yang saya ada dalam kocek saya tadi.”  Ziyaad tersenyum lebar.  Menghulur sekeping kad namanya kepada Airis.

“Oh..hahahaha.”  Airis tergelak.  Teringat tentang kisah lelaki di dalam lif yang membawa daun terup seperti diceritakan Ziyaad tadi.  Cepat-cepat dia mencapai kad di tangan Ziyaad dan segera beredar.  Dia sudah lambat, pasti Zara berang terpaksa menunggunya lama sewaktu tersekat di dalam lif tadi.  Untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ziyaad pun dia tidak sempat.

Call saya!”  Laung Ziyaad saat dilihat gadis itu tergesa-gesa keluar. ‘Ahhh..tak sempat lagi nak mintak no phone dia!’ 







Nota Selit : Entri AA kali ni, AA bagi panjang sikit berbanding bab yang lepas.  Suke tak kengkawannn??  AA sukeeeee bab ni! Eh, semua bab pun AA suke la, semuanya penat otak AA pikir jalan cerita tau.   Tapi bab ni AA suke sebab macam kiut ok bile bayangkan diorang bergaduh rebut selipar bodo sampai masuk dalam kolam.  Kiut kan? Hahahaha...Dan lagi satu, pengenalan watak baru a.k.a hero kedua....Pendekkan cerita, dalam bab ni AA banyak berangan watak-watak SKDC ni dilakonkan oleh pelakon-pelakon la senang cerita...(kemain ok!)..hahaha...Jadi, minggu ni AA nak mintak tolong sikit pembaca semua, meh beritau AA siapa yang korang bayangkan untuk semua watak dalam SKDC ni?  Nanti AA pulak beritau siapa yang AA bayangkan setiap kali taip jalan cerita SKDC ok? Btw, sayaaaaammmmmm semua pembaca ILHAM DARI HATI!!

Tuesday 20 August 2013

Saat Kau Dakap Cintaku - Bab 12










Airis bergegas menghampiri Datin Marissa yang sudah pun agak jauh di hadapannya.  Dia terpaku seketika tadi tatkala terlihat sehelai blaus berwarna merah yang tergantung di hadapan dinding kaca pusat membeli belah itu.  Membayangkan dirinya mengenakan blaus itu di badannya sehingga terlupa pada ibu mertuanya yang sudah pun jauh ke hadapan.

“Ris, teman Mama minum sekejap boleh?”  Datin Marissa tersenyum saat Airis berjaya menghampirinya.  Rasanya, ibu mertuanya itu sendiri tidak menyedari yang dia tertinggal di belakang tadi. 

“ Eh, takpe ke Ma?  Kan Mama cakap nak bawak Airis pergi butik Kak Min.  Nanti lambat, dia tak marah ke?  Hari ni hari pertama Airis kerja tau Ma?”  Airis mengerutkan keningnya.  Bimbang untuk menerima pelawaan ibu mertuanya takut dimarahi bosnya nanti.  Lewat di hari pertama bekerja.

“Takpe, semalam Mama dah call Jasmin.  Mama cakap mama yang hantar sendiri Airis.  Mama cakap kat dia, Mama ada meeting sampai pukul 10.  Lebih kurang pukul 11 baru mama dapat hantar Airis.”  Datin Marissa tergelak kecil.  Airis tersenyum dengan gelagat ibu mertuanya.

“Jom kita duduk sini, makan roti bakar. Dah lama tak minum white coffee kat sini.”  Cepat-cepat Datin Marissa menggamit lengan menantunya.  Mendorong gadis itu menurut langkahnya masuk ke restoran Old Town.  Dia terasa pelik dipimpin tangan oleh wanita seusia itu, apatah lagi oleh seorang ibu mertua.  Terasa janggal.

Sepuluh minit kemudian, seorang pelayan menghantar pesanan mereka.  Dua cawan white coffee dan dua piring kecil roti bakar terhidang depan mata.  Airis juga memilih menu sama seperti dipesan Datin Marissa.  Dia janggal duduk di restoran itu dan tidak tahu menu apa yang patut dipesannya.

“Macam mana jadi isteri Ray setakat ni?”  Airis terkedu.  Terasa ingin tercekik saat itu.  Air kopi yang ditiupnya perlahan-lahan tak jadi diminum.  Dia meletakkan kembali cawan kopinya ke piring.

“Errr...Ok jek setakat ni ma. Kenapa tanya macam tu?”  Airis mengukir senyum yang dibuat-buat.  Terasa pelik dengan soalan ibu mertuanya.  Dan terasa bersalah berbohong dengan jawapan seperti itu.  Dia sendiri pun sebenarnya tidak tahu apa jawapan yang tepat untuk soalan itu.

“Mama tau, korang berdua masih dalam proses kenal satu sama lain kan? Takpe Ris.  Pelan-pelan.  Jangan risau, Rayyan tu walau pun dia fussy sikit, perfectionist,  over pengemas tapi dia baik.  Lama-lama nanti Airis akan jatuh cinta jugak dengan kebaikan dia.  Anak mama, mama tahu la kan?”  Datin Marissa tergelak lagi.  Wanita itu tersenyum.  Matanya memandang pada cawan yang dikacaunya perlahan.  Dia baru saja menuang sepeket gula kedalamnya.  Haruman kopi semerbak memenuhi ruang meja mereka menjamu selera.

Fussy sikit?  Fussy banyak adalah.  Itu tak kena, ini tak kena.  Itu tak betul, ini tak betul.  Itu bersepah, ini bersepah.’  Bisik hati Airis.  Pening kepala Airis melayan karenah Rayyan sepanjang minggu pertama perkahwinan mereka.

“Mama nak cakap pasal benda ni pun payah.  Tapi tak cakap karang, takut keadaan jadi lebih teruk pulak.  Entahlah, susah betul.”  Datin Marissa melepaskan keluhannya lambat-lambat.

“Kenapa Ma?  Cakap jek la.  Pasal hubungan kami berdua ke?”  Airis gusar.  Dia mula terbayangkan perkara yang buruk.  Kemungkinan Rayyan sudah memberitahu Datin Marissa untuk menceraikannya.  Airis menarik nafas panjang.  Bersedia menerima sebarang kemungkinan.

“Airis pun tahu kan, Ray belum bersedia lagi dengan semua ni.  Jadi, mama rasa mesti Airis tahu syarat-syarat Ray kan?”  Airis semakin keliru.  Dia bingung.  Setahunya syarat yang Rayyan berikan padanya adalah tidak mahu orang luar selain keluarga yang tahu tentang status mereka berdua.  Setakat ini, dia pasti rahsia itu masih disimpan kemas.  Sementelah pula usia perkahwinan mereka baru berusia seminggu dan Airis juga sepanjang hari hanya memerap di rumah.

“Ray pesan kat mama tadi, nanti bila Jasmin tanya siapa Airis ni,  Airis cakap Airis ni anak saudara belah Papa ye.  Kiranya Airis ni sepupu Ray lah.  Semalam masa call Jasmin, mama dah beritahu jugak dekat dia.  Tapi mana lah tahu kalau-kalau Jasmin tanya Airis sendiri nanti.”  Datin Marissa memandang anak mata Airis sedalamnya.  Mengharap pengertian menantunya itu.  Sejujurnya, dia senang dengan Airis menjadi menantunya.  Walaupun Airis bukan gadis dari golongan keluarga berada, tapi perwatakan Airis yang lemah lembut, gayanya, wajahnya yang manis, semuanya menyenangkan hati keibuannya.  Ditambah dengan kepakaran Airis memasak, dia pasti lama-lama Rayyan akan cair juga dengan Airis.  Dia tahu anak bujangnya itu memerlukan masa untuk menerima status barunya yang sudah pun berkahwin kini.  Lama-lama Rayyan pasti akan jatuh cinta juga pada Airis.

Airis terdiam.  Cepat-cepat dia menunduk.  Jarinya menguis-nguis hujung pinggan yang terhidang dua keping roti bakar tadi.  Entah kenapa hatinya sedikit terusik dengan permintaan ibu mertuanya tadi.  Walaupun dia sudah tahu syarat-syarat yang ditetapkan Rayyan, dia terasa sedikit pelik mendengarnya  dari mulut seorang ibu mertua.  Terasa seolah-olah ibu mertuanya itu juga malu dan tak mahu bermenantukan dirinya sehinggakan tidak layak diperkenalkan kepada orang luar.  Seolah-olah menyokong tindakan anaknya yang mahukan status perkahwinan mereka dirahsiakan.  Lama dia terpaku, menatap pinggan di hadapan matanya.

“Ok ma.”  Airis mengukir senyuman kecil.  Cepat-cepat dia membuang perasaan tidak enak di dalam hatinya tadi jauh-jauh.  Perasaan ibu mertua sebaik Datin Marissa lebih patut diutamakan.  Tentang apa yang akan berlaku pada perkahwinan mereka biarlah hanya waktu yang menentukan.  Apa yang penting, ibu dan bapa mertuanya melayan dia dengan baik setakat ini.  Dan dia sebenarnya cukup bertuah Datin Marissa jauh lebih baik dari yang digambarkan sebelum ini.

Thank you Ris,  for your understanding.”  Datin Marissa tersenyum.  Mengerti dengan keruh wajah Airis sebentar tadi.  Dia juga serba salah.  Tidak diberitahu tentang duduk letak sebenar, bimbang Airis akan lebih terguris kalau dia terus-terus memperkenalkan Airis sebagai sepupu Rayyan di butik Jasmin nanti.  Jadi, lebih baik dia terangkan dulu keadaan sebenar kepada Airis walaupun dia tahu Airis sedikit terguris, dari riak wajahnya tadi.  Isteri manalah yang tidak terluka, bila status diri sendiri tidak boleh didedahkan kepada umum?  Sudah tentu dia faham keadaan Airis ketika itu.

“Jom, kita pergi butik.”  Datin Marissa sekali lagi menggamit lengan Airis sebaik dia selesai meneguk kopinya.  Cepat-cepat Airis bingkas, menuruti langkah Datin Marissa.

Tiga minit berjalan di dalam pusat membeli belah itu, Datin Marissa memasuki sebuah butik.  Terpampang signboard ‘Jazzy Collection’ dengan huruf berukir warna keemasan di atas muka pintu kedai.  Airis masih seperti tadi, mengekori Datin Marissa.  Sebaik kaki mereka melangkah masuk, muncul seorang wanita lingkungan 30-an menyambut Datin Marissa dengan senyuman.

“Datin, lama tak singgah butik.  Rindu saya pada Datin tau.”  Dalili tersenyum.  Dia memerhati wanita pertengahan umur di hadapannya itu penuh teliti.  Datin Marissa masih seperti selalu.  Anggun bergaya dengan kelasnya yang tersendiri.  Sesuai dengan pangkat dan kedudukannya ketika ini.  Cuma satu yang dikaguminya tentang wanita itu dari dulu lagi.  Keluhuran budinya.  Wanita itu bukan seperti kebanyakan wanita berpangkat tinggi lain yang lazimnya meninggi diri dan berlagak sombong terutama dengan orang biasa.  Datin Marissa seorang wanita yang mudah mesra, tak kisah bergaul dengan siapa saja.  Wajahnya sentiasa manis dengan senyuman, tutur katanya lembut dan penampilannya juga sederhana.  Menambahkan lagi penghormatan orang terhadap Datin Marissa dengan sikapnya itu. 

“Ha ah Lili.  Saya sibuk sikit lah.  Dah alang-alang saya kat sini, saya nak ambik lah sehelai dua baju kurung.  Eh, terlupa pulak.  Ni ha, Jasmin ada cakap tak dengan Lili pasal Airis?”  Dalili pantas menoleh ke arah seorang gadis di sisi Datin Marissa.  Gadis berpakaian baju kurung itu dilihatnya.  Dari gayanya yang serba kekok, Dalili dapat mengagak gadis itu lepasan sekolah.

“ Ada Datin.  Dia ada cakap tadi.  Oooo...ni lah Airis ya.  Nama akak Dalili tapi boleh panggil Kak Lili.”  Ramah Dalili menegur sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.  Airis hanya mengukir senyuman sambil menyambut huluran salam.  Sangkanya tadi, wanita di hadapannya itu adalah Jasmin.  Dalili mengenakan kebaya labuh berwarna oren dipadankan dengan kain plain berwarna krim dan tudung berwarna peach.  Dia nampak bergaya, selayaknya bergelar seorang usahawan butik pakaian.

“Airis ni anak sedara saya tau Lili.  Sementara nak tunggu dia sambung belajar ni, saya suruh dia kerja sini cari pengalaman.  Dapat jugak dia cari duit poket sendiri kan?”  Datin Marissa menjeling Airis sekilas.  Melihat reaksi Airis saat diperkenalkan sebagai anak saudaranya.  Gadis itu diam tidak menunjukkan sebarang riak.

“Oooo..sepupu Ray la ni ye Datin?  Takpe, Datin jangan risau.  Kami jaga dia baik-baik kat sini.”  Dalili tersenyum lagi.

“Eh, jom lah Datin.  Kita tengok koleksi baru sampai.  Kata tadi nak ambik sehelai dua baju kurung kan?  Zara, tolong ajar Airis apa-apa yang patut ye.”  Dalili mengarah seorang pekerja yang dari tadi sedang tekun menjahit manik lantas menggamit lengan Datin Marissa menuju ke satu sudut yang menempatkan pelbagai saiz dan warna baju kurung moden untuk dipilih.

“Zara.”  Ringkas ayat yang keluar dari mulut gadis di hadapan Airis itu.  Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Airis.”  Airis mengukir senyuman, menyambut huluran salam dari gadis manis di hadapannya.

“Hari ni stok tudung baru dah sampai dari supplier.  Nanti Airis tolong saya kemas ye?”  Zara bertanya lembut.  Gadis itu cantik.  Baju kurung modennya berwarna kuning susu, sesuai dengan kulitnya yang cerah.  Alis matanya lentik ditambah dengan maskara hitam di samping matanya yang galak dicalit dengan celak juga berwarna hitam. Airis tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. 

Dua jam pada hari pertama Airis bekerja di butik itu berlalu dengan baik.  Gadis manis bernama Zara banyak membantu Airis mengenal koleksi-koleksi tudung dan baju-baju terkini yang terdapat di butik itu.  Kebetulan pula hari ini banyak tudung dan baju-baju yang ditempah dari pemborong sampai ke butik, jadi tugas Airis dari tadi adalah menggosok tudung dan baju kurung sebelum di gantung di ruangan display butik.  Hari ini juga dia belajar menggunakan stand steam iron untuk menggosok kesemua tudung dan pakaian yang berkeronyok selepas dikeluarkan dari dalam kotak.  Walaupun pada mulanya dia agak kekok, akhirnya dia akui, steam iron lebih praktikal digunakan terutamanya untuk orang-orang yang terlibat dalam industri pakaian seperti ini.

Airis menarik nafas lega sebaik helaian tudung terakhir siap digosok.  Dia menjeling sekilas pada Kak Dalili yang tekun mencatat sesuatu pada log book di atas meja.  Zara pula dilihatnya dari tadi asyik menjahit manik pada kaki baju pengantin yang berwarna turqoise.  Dia bersyukur dikurniakan majikan sebaik Kak Dalili dan rakan sekerjanya, Zara.  Walaupun masih terlalu awal untuk memberi penilaian, sekurang-kurangnya dia bekerja dengan hati yang senang pada hari yang pertama.  Dan doanya, semoga keadaan yang baik sebegini berterusan sehingga lah dia menyambung pelajaran kelak.

“Assalamualaikum!”  Bunyi pintu butik berkuak kedengaran diselangi dengan suara lelaki memberi salam.  Cepat-cepat Dalili berlari meninggalkan bilik stor menuju ke kaunter hadapan butik.

“Hei, kamu ni Ray! Kak Lili ingat bhai mana jual kain tadi?”  Sayup-sayup terdengar suara gelak ketawa Dalili dan seorang lelaki di telinga Airis.  Dia hanya memasang telinga dari tadi.

“Haiii adik manis! Ini bhai bukan sebarang bhai. Ini bhai Saif Ali Khan datang mahu hantar mere beloved girlfriend Karisma Kapoor balik juga adik manis!”  Ray mendepangkan tangannya.  Bahunya dihenjut-henjutkan.  Suaranya sengaja diubah mengikut dialek orang Pakistan.  Sengaja mengusik Dalili di hadapannya.  Jasmin yang dari tadi tercegat di sisi Rayyan mula terkekeh ketawa.

“Ada-ada jek la you ni Ray.  Tak habis-habis mengusik. Ha..Kak Lili, mana Airis?  Saya nak tengok jugak orangnya.”  Jasmin memanjangkan lehernya, menjenguk-jenguk ke belakang butik.

“Eh kejap.  Ada dia kat belakang.  Tengah tolong Zara kemas-kemas tadi. Kejap Kak Lili panggilkan.”  Cepat-cepat Dalili memusingkan badannya dan menjerit memanggil Airis.  Sesaat kemudian, Airis muncul.  Dia terasa gugup melihat semua mata sedang memandangnya.  Dan itu lah pertama kali dia melihat Jasmin di hadapan matanya.  Gadis itu ternyata begitu anggun jelita sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen. Dengan segera terbayang-bayang gambar Rayyan memeluk pinggang gadis itu yang digantung di dinding tempohari di minda Airis.  Terdetik di hati Airis yang kemungkinan ada sesuatu hubungan istimewa antara Jasmin dan Rayyan sebelum perkahwinannya. Dari perbualan mereka yang begitu mesra.  Dari cara Rayyan merenung lembut ke wajah Jasmin. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang istimewa tentang mereka berdua.

“Oooo..ni lah Airis ye.  Saya Jasmin.  Boleh panggil Kak Min.”  Jasmin tersenyum melihat wajah polos Airis.  Dia menghulur tangannya untuk bersalam.

“Haaa..dia ni tauke besar butik ni.  Kau jangan nak melawan cakap dia tau.  Esok kalau aku kahwin dengan dia, aku pun jadi tauke kau tau.  Jangan nak banyak songel.” Rayyan tersengih.  Senyumnya sengaja dilebar-lebarkan tatkala melihat wajah Airis yang mula keruh.

Zap!  Darah panas mula menyirap ke kepala Airis.  Perkataan KAHWIN yang meluncur keluar dari mulut Rayyan seolah-olah menjadi pisau yang menghiris tangkai hatinya.  Dia menjeling sekilas ke arah Rayyan yang dari tadi tersengih.  Terasa betul agakannya tadi tentang hubungan mereka berdua.  Adakah Jasmin tahu tentang perkahwinan dia dan Rayyan selama ini?

“Eh apa pulak sebut pasal kahwin ni Ray.  I belum nak kahwin lah.  Lama lagi I nak kahwin tau.  You sanggup ke nak tunggu I?”  Jasmin sengaja mengusik Rayyan.  Dia tahu Rayyan cuma bergurau.  Dan dia pasti Rayyan tahu tentang cita-cita dan impiannya yang menggunung tinggi.  Untuk terikat pada sebuah tali perkahwinan, dia belum bersedia.

“Sanggup!”  Rayyan tersengih.  Semakin lebar.  Airis memandangnya dengan hati yang bengkak.  Terasa ingin disiat-siat senyuman Rayyan yang seolah-olah mengejeknya.

“Err...saya sambung kerja saya kat belakang ye Kak Min, Kak Lili.”  Airis meminta diri, malas ingin melayan Rayyan yang menyakitkan hatinya.

“Ha..baguslah.  Pergi sambung kerja sana.  Kerja rajin-rajin sikit, nanti aku suruh bos naikkan gaji kau tau!”  Rayyan menjerit lantang mengiringi pemergian Airis.  Dia sedar perubahan wajah Airis dari tadi.  Terasa pelik dengan reaksi wajah Airis ketika itu.  Tapi dia seronok.  Gembira melihat Airis berkelakuan sebegitu.

Airis mengatur langkah lambat-lambat menuju ke bilik stor.  Pelbagai persoalan timbul di mindanya.  Tentang hubungan Jasmin dan Rayyan.  Tentang niat Rayyan untuk mengahwini Jasmin.  Tentang kedudukannya dalam keluarga Rayyan jikalau Rayyan betul-betul mengahwini Jasmin selepas ini.  Semuanya bertubi-tubi mengasak ruang fikirannya.  Sudah lah tadi dia terasa hati dengan status sepupu kepada Rayyan yang diberikan oleh ibu mertuanya sendiri, sekarang dia cukup terguris dengan niat Rayyan yang ingin mengahwini Jasmin.  Di depan matanya.  Siapa dirinya di mata Rayyan?  Patung yang dikahwini Rayyan semata-mata untuk melepaskan syarat yang ditetapkan oleh Dato’ Harun?  Tiba-tiba imej Jasmin menerpa dalam fikirannya.  Seolah-olah sedang mentertawakannya.  Membandingkan dirinya dengan Jasmin, sudah tentulah dia jauh ketinggalan. 

Airis terasa ingin menangis saat itu juga!







Secebis Kata : Semalam AA tak dapat nak up entri baru macam yang AA janjikan sebelum ni sebab terpaksa ambil cuti kecemasan atas sebab-sebab yang tak leh nak dielakkan.  AA mintak maaf sangat-sangat ye.  Terima kasih untuk semua yang sudi baca entri kali ni. Sayaaaangggggg semua!!