Pages

Coretan Penulis

Khas untuk semua pembaca Ilham Dari Hati,



Terima kasih sudi luangkan masa membaca karya Adra Adiella. Cuma yang AA harapkan, komen-komen membina dari semua yang telah pun membaca. Supaya AA akan lebih bersemangat untuk terus menulis dan dapat memperbaiki sebarang kesilapan yang mungkin tidak AA sedari.



Komen la sikit ye!



~ Adra Adiella ~

Monday 24 June 2013

Saat Kau Dakap Cintaku - Bab 6







“Arghhhh!!”  Rayyan menjerit sekuat-kuat hatinya.  Ikatan tali lehernya yang kian longgar, ditanggalkan.  Butang bajunya dibuka satu persatu hingga mendedahkan sebahagian dadanya.  Daun tingkap biliknya ditolak kasar, dibuka seluas-luasnya, membiarkan udara luar menerobos masuk ke biliknya.  Terasa sedikit menyamankan pabila bayu lembut menampar dadanya.  Sedikit memadamkan api kemarahannya.  Jejaka berumur 27  tahun itu mengeluarkan kotak rokok dari kocek seluarnya.  Rambutnya yang kusut diruap berkali-kali.  Sesekali dia mendengus kasar.  Dia menyalakan rokoknya, terburu-buru menyedut dan menghembusnya  kasar ke luar tingkap.  Dari tingkap biliknya itu, dia terpandang ayahnya sedang duduk khusyuk membaca buku di gazebo bertentangan dengan kolam ikan dalam kediaman mewah itu.

Rayyan memandang raut wajah tua itu dari jauh.  Tertanya-tanya tindakan ayahnya yang ternyata diluar jangkaannya sama sekali.  Menginginkan dia berkahwin dengan perempuan yang entah dari ceruk mana, sudahlah tu, gemuk pula. Gila! Ini semua betul-betul buat dia jadi gila.  Saat itu, ingatannya menerawang pada Airis Zulaikha.  Gadis itu, walaupun sedikit berisi, tetap terserlah ayunya.  Wajahnya yang bersih, kulitnya yang putih, matanya yang bundar, senyumnya yang manis, suaranya yang lunak, semuanya sempurna.  Dia akui, Airis tetap menawan walaupun sedikit gempal.  Wajah mulus itu seolah-olah pernah dilihatnya sebelum ini.  Tapi, entah kenapa dia gagal mengingat di mana dia pernah melihat Airis.  Gadis itu pada pandangannya sewaktu pertama kali dia hubungi untuk berjumpa adalah seorang yang tegas.  Degil mungkin.  Sama seperti dirinya.  Bagus.  Barulah buku bertemu ruas.  Ahhh...entah apa lah hendak jadi dengan perkahwinannya nanti.

Dato’ Harun mengalih pandangannya dari menatap baris-baris ayat dalam buku bertajuk Mukmin Profesional karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi itu ke arah Rayyan yang sudah pun duduk bertentang dengannya.  Anaknya itu kelihatan gusar, wajahnya juga mendung.  Seolah menanggung kepayahan yang amat dalam.  Dia mencapai penanda buku yang diletakkan bersebelahan jus orennya, diletakkan pada muka surat terakhir ke dalam buku yang dibacanya tadi.  Mudah untuk dia tahu di mana dia harus menyambung bacaannya selepas ini.  Dia mencapai pula gelas jus oren, meneguknya perlahan.  Membiarkan saja gelagatnya diperhatikan anaknya.

“Papa tak boleh buat Ray macam ni.  Ray bukan budak-budak lagi.”  Ray bersuara.  Tidak sabar melihat perbuatan ayahnya yang seolah-olah cuba membuang waktu. 

“Kenapa? Ray rasa Ray dah cukup dewasa sangat ke?” Dato’ Harun tersengih sekilas.

“Kenapa buat Ray macam ni? Ray tak berhak ke buat keputusan sendiri?” Ray menjegilkan matanya.  Sedikit bengang melihat senyuman sinis di bibir ayahnya.

“Keputusan apa yang selama ni Papa tak pernah bagi Ray peluang untuk tentukan sendiri?”  Dato’ Harun merenung anak mata Rayyan dalam.  Melawan kuasa mata anaknya yang cuba memberontak dari dalam. Dia tahu Rayyan marah pada dirinya.

“Tak bermakna Papa boleh suka-suka suruh Rayyan kahwin dengan perempuan tak tau asal usul macam ni.” Rayyan bersuara mendatar.  Sedar hakikat kata-kata ayahnya tadi.  Memang benar, tiada apa selama ini yang dipinta, ayahnya tidak cuba penuhi.  Semuanya dituruti.

“Percayalah Ray, Papa tahu apa yang terbaik untuk kamu.”  Dato’ Harun mengalih pandangannya pada buku yang di riba sejak tadi.  Mencari penanda buku yang diletakkan tadi untuk menyambung balik bacaannya.  Tanda sudah tiada apa lagi mahu dibincangkan dengan anaknya itu.

“Ray takkan kahwin dengan perempuan tu.” Ray bengang.  Darahnya menyirap ke kepala melihat sikap ayahnya.  Tindakannya yang ingin meneruskan bacaan menambahkan lagi api kemarahan dalam hatinya.

You can send me your notice of resignation by tomorrow morning. I’ll wait for you.”  Dato Harun bersuara mendatar tanpa memandang anaknya. Rayyan mengeluh kasar.  Menolak kerusinya kasar dan berlalu pergi.  Saat itu dia terasa ingin mencekik Airis Zulaikha!

“Kalau Papa ada syarat Papa, Ray pun ada syarat Ray yang Papa kena ikut.”  Rayyan tercegat di sisi ayahnya.  Menanti sebarang reaksi. 

“Apa syaratnya?” Dato’ Harun mengalih pandangannya dari buku ke wajah Rayyan.  Hatinya berdebar.  Sedikit terkejut dengan tindakan Rayyan yang kini meletakkan syarat ke atas dirinya.

“Perkahwinan Ray dengan perempuan tu mesti dirahsiakan dari pengetahuan saudara mara, jiran-jiran dan kawan-kawan Ray.  Maknanya, kat rumah kita ni takkan ada majlis apa-apa pun untuk sambut menantu kesayangan Papa tu.”  Rayyan cepat-cepat mengatur langkah.  Menganggap ayahnya sudah pun berpegang pada janji itu.

Dato’ Harun meneguk liur.  Dia terkelu dengan syarat Rayyan.




Rayyan menuju ke dapur, tekaknya terasa dahaga.  Dari pertemuan dengan Airis membawa kepada perbincangan dengan ayahnya, semuanya terlalu menyesakkan jiwa.  Sehingga dia terlupa, belum ada setitik air pun melalui tekaknya sejak dari tengahari tadi.  Saat sampai ke dapur, dia melihat mamanya sedang duduk menghadap sepinggan buah-buahan.  Di atas meja, terpampang majalah LAMAN.  Dari tadi dia ralit menelek helaian demi helaian.  Bibik di sisinya yang sibuk menyiapkan juadah makan malam langsung tidak dihiraukan.

“Dah cantik dah rumah kita ni ma.” Rayyan bersuara lembut.  Dia membuka pintu peti ais, menggapai setin air soya.  Penutupnya dibuka, lantas air itu diteguk rakus.  Terasa lega dengan kesejukan air yang melalui tekaknya yang haus.  Marahnya tadi juga sedikit terpadam.

“Mama saja tengok-tengok kolam ikan hiasan ni ha.  Mana tahu kalau ada yang menarik boleh kita buat pulak pada kolam ikan kat rumah kita ni.” Datin Marissa berkata sekilas.  Rayyan cuma dipandang dengan ekor matanya.  Dia masih asyik menatap majalah itu. 

Rayyan menuju ke kabinet dapur.  Menyusun semula bekas berisi garam, gula, perisa dan serbuk kunyit mengikut ketinggian.  Bekas sudu, garfu dan senduk pula dijenguk.  Sudu dan garfu yang bercampur, diasingkan.  Setelah berpuas hati, dia duduk di sisi Datin Marissa.

“Kenapa? Asyik mengeluh jek dari tadi.” Mata Datin Marissa masih tertancap pada majalah di hadapannya.

“Mama tak tau ke pasal Papa? Apa dia dah buat pada Ray?”  Tin soya digenggamnya kuat. Geram.

“Tahu. Tapi tak boleh nak buat apa.  Ray bukan tak kenal dengan Papa kan?” Datin Mary menyelak pula ke helaian seterusnya.  Mendengar keluhan anaknya acuh tak acuh.  Dia juga sudah letih memperjuangkan nasib anaknya yang hendak dikahwinkan dengan perempuan yang langsung tidak dikenalinya.  Tapi Abdul Harun Bin Abdul Latif sudah 30 tahun dikenalinya.  Hitam katanya, maka hitam lah jadinya.  Jangan cuba diputihkan.  Takkan pernah berjaya.

Rayyan mengeluh lagi. Dia mengusap rambutnya berulang kali.  Fikirannya betul-betul kosong ketika itu.

“Ray kena resign kalau tak nak dengar cakap Papa.” Ditoleh pada wajah Mama.  Mengharap pengertian mamanya.

“Papa pun cakap benda yang sama dengan Mama.  Bila Papa cakap macam tu, Mama memang tak boleh nak buat apa lagi.  Takkan lah Mama nak suruh Ray resign, tinggalkan Aura Gemilang, hidup dengan haluan Ray sendiri.  Habis business Papa tu macam mana? Adik-adik Ray belum pun habis belajar lagi.  Lagipun sebagai anak sulung, memang Mama nak Ray yang warisi semuanya.  Lepas tu pandai-pandai Ray lah nak bahagi-bahagikan dengan adik-adik yang lain.  Kalau Ray takde, siapa lagi boleh diharap?  Papa tu makin lama makin tua.  Sementara dia larat ni, dia boleh jugak datang office, bantu, guide Ray apa yang perlu.  Kalau Ray takde, tunggu adik-adik Ray cukup layak mengemudi syarikat, Papa pun silap-silap tak sempat nak turun ilmu.”  Datin Marissa menatap wajah anak lelakinya.  Sebagai ibu, dia tahu anaknya terseksa dengan keputusan drastik suaminya.  Tapi sebagai ibu juga lah dia tak mahu legasi perniagaan penat lelah yang suaminya usahakan selama ini tidak diwarisi oleh anak-anak.  Ya, semua harta, kesenangan yang dikecapi dirinya dan suami, adalah untuk anak-anak.  Untuk keturunannya.  Bukan untuk orang lain.

Rayyan bingkas bangun.  Dia juga seperti mamanya.  Tersepit.  Dan tiada pilihan lain.  Ditolak kerusi yang didudukinya tadi.  Memastikannya sebaris dengan kerusi di sebelah.  Alas pinggan yang sedikit terusik, dibetulkan kembali.  Tegak teratur seperti sebelum dia duduk di situ.  Setelah dia berpuas hati, dia melangkah perlahan.  Membiarkan mamanya meneruskan bacaan.

Pintu biliknya ditolak kasar.  Dia menghempaskan badannya ke tilam.  Berombak seketika katil itu saat badannya mencecah permukaan tilam.  Mukanya ditekap ke bantal.  Lama.  Perlahan dia mengangkat wajahnya.  Memandang pada almari kaca di mana dia meletakkan segala macam koleksi kesayangannya sejak di bangku sekolah.  Dia bangun dan menghampiri almari itu,direnung replika model-model kereta mewah di paras pertama dan kedua almari tersebut.  Seketika kemudian dia mengalih pandang pada paras ketiga dan keempat yang menempatkan pula bermacam jenis koleksi Star Wars kegemarannya.

Matanya melilau mencari bakul kosong.  Tertangkap matanya pada bakul baju kotor di dalam bilik mandi, dia lantas menuangkan segala isinya ke lantai dan  menghampiri semula almari kesayangannya.  Sebelum itu, sempat dia mengambil kain buruk dan sprayer yang diletakkan dalam laci di sisi katil. 

Perlahan, dia mengambil satu persatu model-model keretanya dan dimasukkan ke dalam bakul.  Satu satu di ulangnya, penuh hati-hati.  Hasil koleksinya sudah mencecah 200 kesemuanya termasuk pelbagai patung watak-watak Star Wars.  Ada yang dibelinya sendiri sewaktu menuntut di Amerika Syarikat dulu, ada yang diberi Papanya sewaktu lawatan kerja ke luar negara, ada yang dibeli melalui online, malah ada juga yang dihadiahkan kenalan dan saudara mara yang tahu kegemarannya itu.

Selesai semuanya terkumpul dalam bakul, dia mencapai sprayer dan kain buruk tadi dan mengambil satu replika model kereta mewah dengan jenama Ferrari ke tangannya.  Disembur sprayer berkali-kali, kemudian digosok permukaan kereta yang sudah pun basah itu berulang kali menggunakan kain buruk.  Sesekali dia menghembus nafasnya, seperti lagak seorang tukang kasut yang mengilatkan kasutnya.  Setelah berpuas hati, dia mengulangi lagi untuk replika model kereta mewah yang seterusnya pula.

Siap mengelap kesemua koleksi kesayangannya, matanya melilau ke setiap penjuru bilik.  Dia mencapai bulu ayam dan mengibas-ngibas habuk di setiap perabot yang ada di dalam biliknya.  Siap mengelap habuk, dia mencapai vakuum, menyedut kesemua habuk yang bertaburan di lantai pula.

Peluh berjurai di dahinya, dia segera pula ke bilik air.  Dicapai sebatang mop bersama baldi yang berisi cucian lantai.  Kipas dipasang dengan laju, tingkap juga dibuka seluas-luasnya.  Dia memulakan operasi mengemop lantainya pula.  Tepat pukul 7 petang, dia tersandar keletihan.  Di hatinya terbit perasaan puas hati melihat biliknya yang teratur kemas.  Licin berkilat.  Hilang seketika kusut fikirannya pada segala macam masalah tadi.

Seluruh keluarganya sudah cukup arif dengan tabiatnya yang satu ini.  Pengemas.  Walaupun pada zahirnya tiada apa lagi yang perlu dikemas di dalam biliknya itu kerana setiap hari bibik akan mengemas biliknya pada pagi dan petang, tapi dia tetap lebih berpuas hati dapat mengemasnya sendiri sekali sekala.  Terutamanya bila dia berserabut dengan pelbagai masalah di pejabat.  Dan sekarang terpaksa berdepan masalah dengan Papa dan Airis pula. Kalau diikutkan, mahu saja seluruh isi banglo mewah Papanya itu dikemas.




Walaupun takde sape pun yang cakap nak baca bab seterusnya.  Mungkin orang pun dah lupe kewujudan AA, takpe la...AA tak kire..nak post jugak bab terbaru! "________"

Saturday 22 June 2013

Perkembangan Terbaru

Assalamualaikum semua...

Lamanya AA menyepi...blog personal pun AA dah closed buat sementara ni, sebab kesian orang masuk tapi takde cerita terbaru.  Jadi, lebih baik AA tutup sambil mencari masa untuk bukak semula satu hari nanti.


Blog ni jek AA tak tutup.  Sebab apa, sebab tak nak satu-satunya minat AA ni terus terkubur.  Jadi, walaupun tak update dengan bab baru, orang still boleh baca bab-bab sebelum ni.


Pejam celik, pejam celik, kejap jek kita da masuk akhir bulan June kan? Alhamdulilah, akhirnya siap jugak keje-keje tertangguh AA sebelum-sebelum ni.  Pengajaran paling terkesan di hati AA, jangan suka tangguh kerja.  Cakap pasal pengajaran ni, banyakkkkkk yang AA belajar dari peristiwa sepanjang hujung 2012.  Dalam pada gembira dapat duduk rumah sendiri, Allah uji pulak dengan dugaan lain yang pernah sekali sampai terduduk, terperuk AA dibuatnya.  Takpe lah, pengalaman tu mendewasakan.  Mengajar kita lebih menyayangi diri sendiri.  Mengajar kita supaya menghargai peluang baik yang terbentang depan mata.


Dalam pada sibuk tu, sempat jugak AA menulis.  Menyambung bab-bab PELANGI HATI yang suam-suam kuku ni.  Dugaannya cukup banyak sampai rasa macam tak mau da menulis.  Nasib baik ada sifu yang baik lagi comel selalu brainwash AA.  Hahaha...Terima kasih sebab tak jemu-jemu layan soalan-soalan sengal ai ye darlim? (you know who you are)


Atas nasihat sifu jugak, ai tukar tajuk PELANGI HATI ni.  Tajuk ni macam terlalu bosan, takde daya tarikannya, dan kalau diletakkan kat kedai buku, kalau orang tengok berdasarkan tajuk saje, memang sah la AA sendiri pun tak nak beli.  Hahahaa....  Tapi masalah utama AA dari dulu lagi adalah nak bagi tajuk untuk setiap karya.  Susah.  Bagi tu tak kena, bagi ni tak kena.  Semuanya serba tak kenalah senang cerita.


Pikir punya pikir, ini saja lah tajuk yang terbaik dapat AA bagi.  Kalau dengan tajuk ni pun tetap tak berjaya menarik minat orang nak membacanya, AA pasrah jek la.  Ni pun hampir pecah kepala pikir tajuk sampai termimpi-mimpi....Hahaha...


AA pun belajar sikit-sikit buat cover baru PELANGI HATI ni tau, gigih betul AA rasa.  Sampai sakit-sakit kepala AA wat editing cover.  Hahaha...Walaupun tak la secantik penulis-penulis lain buat cover, tapi ni pun jadi lah.  AA dah suke sangat da dapat buat sebaik ini.  Nanti dari semasa ke semasa AA akan belajar lagi wat cover yang lebih cantik, ok?


Nak tengok ke tajuk baru PELANGI HATI dengan cover die sekali ni?  Alahai, terasa malu pulak. Hahahaha...Ok la, AA bagi tengok....Tapi jangan gelak kuat sangat ok, nak kutuk pun kutuk dalam hati jek da la eh...hahaha..


v









v










v












v










v














v






v

















v
















v












v







Camne korang?  Tajuk camne?  Cover camne?  Buruks? Huhuhuhu...


Jadi, mulai hari ini, no more PELANGI HATI.  Skang kita panggil nama baru, Saat Kau Dakap Cintaku tau...


Eh, ada tak yang nak baca bab seterusnya Saat Kau Dakap Cintaku ni?  Apa, takde?  Ok, AA nak duk nyorok senyap-senyap depan lappy jek la.